
Agensi itu dalam kenyataan berkata dua kumpulan membabitkan lima dewasa dan dua kanak-kanak itu, masing-masing pada Ahad dan Selasa lalu.
“Mereka telah menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan.
“Mereka mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia destinasi akhir,” kata AKPS yang menolak kemasukan kesemua mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan.
AKPS berkata tindakan pantas itu mencerminkan komitmen berterusannya dalam memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi.
“Pintu masuk negara tidak akan dikompromi oleh sebarang cubaan migrasi tidak sah,” katanya.