
Berita Harian melaporkan Hakim Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap Norwinna Ahmad Norwi, 36, dan memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Wanita itu didapati sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun dengan memijak muka dan kaki mangsa di sebuah kedai runcit dekat Mantin, Nilai, kira-kira 12.30 tengah hari 15 Julai lalu.
Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan berkata, tertuduh ialah OKU mempunyai masalah mental dan tiada sumber pendapatan serta belum berkahwin.
Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira umur mangsa dan kepentingan awam melebihi tertuduh.
Katanya, pengakuan bersalah tertuduh tidak memberinya hak secara automatik untuk mendapat hukuman ringan.