Hamzah dilantik pengarah pilihan raya Bersatu

Hamzah dilantik pengarah pilihan raya Bersatu

Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kelmarin.

Pelantikan Hamzah Zainudin sebagai pengarah pilihan raya Bersatu turut disahkan Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz.
PETALING JAYA:
Timbalan Presiden Hamzah Zainudin dilantik sebagai pengarah pilihan raya Bersatu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Wan Saiful Wan Jan, berkata perkara itu dicapai susulan mesyuarat MPT kelmarin, yang turut disifatkan ‘berjalan dengan lancar’.

“Saya ucapkan tahniah kepada Hamzah yang disahkan sebagai pengarah pilihan raya Bersatu, (bagi) menyelia jabatan pilihan raya diketuai Ahmad Faizal Azumu,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, pelbagai keputusan penting termasuk soal persidangan agung tahunan dan majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-9 parti turut dicapai dalam mesyuarat tersebut.

“Paling penting ialah usaha mempelopori persefahaman dengan semua parti-parti politik bukan kerajaan serta persiapan pilihan raya negeri Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata usul dikemukakannya mengenai cadangan pembentukan jawatankuasa dan pergerakan jabatan pilihan raya supaya dibentang segera kepada Hamzah juga dipersetujui mesyuarat.

“Saya harap dengan keputusan itu ahli jawatankuasa jabatan pilihan raya dapat dilantik segera dan parti boleh bergerak ke hadapan dengan lebih pantas,” katanya.

Ketua Penerangan, Tun Faisal Ismail Aziz, ketika dihubungi FMT turut mengesahkan pelantikan Hamzah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.