Fokus ‘jaga’ kerjasama BN-PH untuk PRN Johor, Pemuda PAS sindir Puad

Fokus ‘jaga’ kerjasama BN-PH untuk PRN Johor, Pemuda PAS sindir Puad

Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berikrar sayap itu akan terus memperjuangkan nasib rakyat kian tertekan dengan tatakelola bercelaru kerajaan pusat.

Khairul Nadzir Helmi Azhar minta pemimpin Umno Puad Zarkashi
Ketua Penerangan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar minta pemimpin Umno Puad Zarkashi fokus kerjasama BN dan PH kerana bimbang dua gabungan itu bertembung pada PRN Johor.
PETALING JAYA:
Pemuda PAS secara sinis meminta Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi fokus ‘menjaga’ kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN Johor.

Ia susulan kenyataan Adun Rengit menyifatkan perhimpunan dirancang Pemuda PAS pada 26 Julai ini sekadar demonstrasi retorik dan berunsur fanatik, selain mempersoalkan keberkesanan demonstrasi itu dalam mencapai objektif untuk mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletak jawatan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, berikrar sayap itu akan terus memperjuangkan nasib rakyat kian tertekan dengan tatakelola bercelaru kerajaan pusat.

“Mohon Puad fokus menguruskan kerjasama dengan PH sebab dengar khabar akan berlaku pertembungan yang dahsyat sesama parti kerajaan Madani dalam PRN Johor,” katanya kepada FMT.

Pada 10 Mei lalu, Naib Pengerusi Amanah Johor, Zuhan Zain, dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan PH bertanding semua kerusi DUN tanpa bekerjasama dengan gabungan lain termasuk Barisan Nasional (BN) pada PRN.

Katanya, itu antara dua senario sedang dipertimbangkan PH dalam merangka strategi menghadapi PRN Johor.

PRN Johor pada 2022 menyaksikan BN menawan 40 daripada 56 kerusi DUN, manakala PH hanya menang 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (3), PKR (1) dan Muda (1).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.