
PETALING JAYA: Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen kepada RM2.91 seliter bermula esok.
Turut mengalami kenaikan pada kadar sama adalah RON97, iaitu RM3.21 seliter, manakala harga RON95 kekal, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kadar baharu itu berkuat kuasa hingga 23 Julai.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.