Pemandu mengaku tak salah langgar guru joging

Pemandu mengaku tak salah langgar guru joging

Mohd Hikmal Bolong, 29, turut didakwa atas empat lagi pertuduhan lain di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

tawau
Tertuduh, Mohd Hikmal Bolong, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas lima pertuduhan termasuk melanggar seorang guru lelaki ketika sedang berjoging, bulan lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas lima pertuduhan termasuk melanggar seorang guru lelaki ketika sedang berjoging sehingga menyebabkan kecederaan, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hikmal Bolong, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan sebaik dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Berdasarkan pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dia didakwa memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan ke atas guru lelaki berusia 33 tahun yang sedang berjoging di bahu jalan di Batu 3 Jalan Apas, kira-kira 3.55 pagi, 7 Jun lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami beberapa kecederaan serius membabitkan bahagian otak, luka di kepala, patah tulang rusuk selain luka teruk pada kaki kanan.

Dia juga berdepan empat lagi pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 52(1); Seksyen 52(2); Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 90(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik BSPT IPD Tawau Joan Lee.

Terdahulu, beliau menawarkan jaminan RM6,500 bagi semua pertuduhan dengan dua penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.