Disyaki serang seksual beberapa pelajar, guru direman

Disyaki serang seksual beberapa pelajar, guru direman

Lelaki berusia 50-an itu direman enam hari selepas polis terima tiga repot daripada beberapa pelajar lelaki.

handcuff
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, berkata semua laporan dibuat mangsa berusia lingkungan belasan tahun.
PETALING JAYA:
Guru direman sehingga Isnin ini susulan tiga laporan polis mendakwa individu itu melakukan serangan seksual ke atas beberapa pelajar lelaki.

Perintah reman ke atas lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Kebenaran oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, berkata semua laporan dibuat mangsa berusia lingkungan belasan tahun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek direman enam hari bagi membantu kes tersebut,” katanya menurut Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.