Warga Bangladesh maut, 5 lagi cedera dihempap rak 17 tingkat

Warga Bangladesh maut, 5 lagi cedera dihempap rak 17 tingkat

Mangsa berusia 33 tahun itu ditemukan maut di bawah timbunan barang sebelum disahkan meninggal dunia.

Anggota bomba berjaya menemukan mangsa di bawah timbunan barang selepas dihempap rak penyimpanan di sebuah kilang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga Bangladesh maut manakala lima lagi cedera akibat dihempap rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat dalam kejadian di sebuah kilang di Olak Lempit, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa berusia 33 tahun itu ditemukan maut di bawah timbunan barang pada 11.20 pagi.

Katanya, pihaknya sebelum ini menerima panggilan kecemasan pada 10.54 pagi sebelum menggerakan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke lokasi.

“Kejadian membabitkan enam mangsa terhempap runtuhan rak penyimpanan barang 17 tingkat.

“Bagaimanapun lima mangsa sudah berjaya dikeluarkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi, di mana mereka turut mengalami kecederaan.

“Seorang lagi mangsa kemudiannya berjaya ditemukan di bawah timbunan barang,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.