
Petronas Gas dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, urus niaga tersebut dijalankan dalam urusan perniagaan biasa, dirunding serta dimuktamadkan secara adil dan bebas di antara kedua-dua pihak.
“Ia dilaksanakan demi kepentingan terbaik Petronas Gas supaya adil, munasabah dan berdasarkan terma komersial biasa selain tidak memudaratkan kepentingan pemegang saham minoriti.
“Penyelesaian ini disokong oleh peluang perniagaan di antara Petronas Gas dengan BASF Petronas serta mengelakkan proses penyelesaian pertikaian berpanjangan yang boleh membawa kepada ketidaktentuan dalam pengiktirafan hasil dan unjuran kewangan,” katanya.
Petronas Gas dan BASF Petronas memeterai perjanjian jual beli elektrik bertarikh 21 Dis 1998 bersama-sama dengan perjanjian tambahan yang berkaitan.
Petronas Gas berkata antara 2018 dan 2019, terdapat pertikaian di antara kedua-dua pihak yang berpunca daripada perjanjian bekalan elektrik tersebut.