Pengasas eHati ditahan selepas beri keterangan

Pengasas eHati ditahan selepas beri keterangan

Diyana Tahir dan Rahim Shukor ditahan selepas beri keterangan di IPD Petaling Jaya.

ehati
Semalam Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pengasas program motivasi rumah tangga eHati disiasat atas dakwaan program itu menyimpang dan bawa pengaruh budaya songsang.
PETALING JAYA:
Suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati ditahan selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.

Peguam M Reza Hassan memaklumkan anak guamnya Diyana Tahir dan Rahim Shukor ditahan polis Shah Alam.

Menurut laporan NST, mereka ditahan bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.

Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan penahanan berkata, pihaknya akan memberikan maklumat lanjut selepas beberapa serbuan dan tangkapan.

Semalam, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pasangan itu disiasat berhubung program motivasi rumah tangga yang didakwa menyimpang dan membawa pengaruh budaya songsang.

Hussein berkata, siasatan itu menjurus sama ada wujud elemen lucah dalam program berkenaan.

Terdahulu, dilaporkan Diyana dan Rahim berkata dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak menabur fitnah terhadap mereka.

Menurut pasangan itu, penyebaran hantaran fitnah menjejaskan reputasi, kredibiliti dan operasi sah program anjuran mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.