Pelajar UCSI hilang sejak 9 Julai

Pelajar UCSI hilang sejak 9 Julai

Laporan kehilangan Sithu Hpone Maw, 20, diterima daripada wakil pengurusan UCSI University lima hari selepas kehilangannya.

Sithu Hpone Maw, 20, berasal dari Myanmar adalah pelajar tahun dua jurusan seni bina di UCSI University.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar lelaki warga asing di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dipercayai hilang sejak 9 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Sithu Hpone Maw, 20, daripada wakil pengurusan UCSI University, lima hari selepas kehilangannya.

“Siasatan awal mendapati Sihtu kali terakhir dilihat di rumah sewanya di Kondominium Angkasa, Taman Connaught, Cheras pada 9 Julai,” katanya dalam kenyataan.

Sithu berasal dari Myanmar adalah pelajar tahun dua jurusan seni bina di UCSI dan dilaporkan tinggal bersendirian di unit kediamannya.

Pihak pengurusan universiti serta rakan terdekat dilaporkan gagal menghubunginya sejak 9 Julai lalu.

Ridzuan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis kini sedang mengumpul maklumat daripada saksi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Sihtu boleh menghubungi talian 011 14388752 atau balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.