
Polis berkata suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa, yang berusia 20 tahun. Mereka adalah warganegara asing.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau benda merbahaya.
“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan kelar di bahagian leher sebelah kiri,” katanya menurut kenyataan.
Polis memaklumkan mangsa sedang menerima rawatan di Hospital PPUM dan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya memberikan kerjasama dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah melalui 03-78627100, atau Pegawai Penyiasat Fadizah Ajamin di talian 019-8582166.
Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.