Gaduh di tapak pembinaan, 9 direman

Gaduh di tapak pembinaan, 9 direman

Semasa serbuan, polis merampas enam topi keselamatan dan tiga batang besi 'scaffolding' dipercayai digunakan semasa pergaduhan.

handcuff
Timbalan Ketua Polis Brickfields Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal mengumumkan penahanan sembilan lelaki susulan laporan berkenaan pergaduhan di tapak pembinaan di Bangsar.
PETALING JAYA:
Sembilan lelaki direman empat hari dalam siasatan polis ke atas pergaduhan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Brickfields Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal memaklumkan mereka disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dilaporkan berlaku di tapak pembinaan.

Penahanan ini menyusuli laporan yang diterima polis petang semalam. Mereka merupakan warga asing, berumur 24 hingga 37 tahun.

Semasa serbuan, polis merampas enam topi keselamatan dan tiga batang besi ‘scaffolding’ dipercayai digunakan semasa pergaduhan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pergaduhan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang, menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.