Remaja ditahan curi sos lada hitam, mayonis RM41

Remaja ditahan curi sos lada hitam, mayonis RM41

Polis berkata suspek ditahan pengawal keselamatan selepas pekerja pasar raya mendapati dia kerap keluar masuk sambil membawa sebuah beg sandang.

handcuff
Ketua Polis Jempol Norhisham Mustapar berkata suspek yang ditahan 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai rakaman percakapan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang remaja 15 tahun ditahan kerana mencuri dua peket sos lada hitam dan dua peket mayonis berjumlah RM41 dari sebuah pasar raya di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Jempol, Norhisham Mustapar, berkata kejadian berlaku 7 malam Jumaat lalu dan suspek ditahan 1 tengah hari semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan pengawal keselamatan selepas pekerja pasar raya itu mendapati dia kerap keluar masuk sambil membawa sebuah beg sandang.

“Sepasang suami isteri yang mengaku ibu bapa suspek meminta pengawal keselamatan membebaskan remaja itu sebelum berlaku pergelutan.

“Suami isteri itu dan suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki Toyota Avanza,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek masih bersekolah dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai rakaman percakapan.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.