Polis siasat unsur elemen lucah dalam program eHati

Polis siasat unsur elemen lucah dalam program eHati

Hussein Omar Khan berkata semua peserta yang hadir dalam program akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

hussein omar khan
Hussein Omar Khan berkata kontroversi program eHati kini disiasat mengikut Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Siasatan polis menjurus sama ada wujud elemen lucah dalam program motivasi rumah tangga eHati yang didakwa menyimpang serta membawa pengaruh budaya songsang.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Siasatan secara teliti bagi mengenal pasti kewujudan seberang elemen lucah atau ajaran yang menyimpang daripada norma masyarakat seperti yang didakwa.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dan dakwaan dapat dinilai dengan adil,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Hussein berkata pihaknya akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program tersebut untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana program, aktiviti atau bengkel tidak jelas tujuannya serta tidak diketahui latar belakang penganjurnya.

“Buat semakan dan rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian agar tidak terjebak dengan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang atau nilai moral masyarakat,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program berkenaan.

Menurut Hussein, beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.