Penduduk jumpa bom lama 227kg ketika bersih kebun

Penduduk jumpa bom lama 227kg ketika bersih kebun

Kerja-kerja pemusnahan bom jenis UXO itu akan dilaksanakan secara terkawal esok, menurut polis.

Penduduk jumpa bom lama 227kg ketika bersih kebun
Sebuah bom lama jenis UXO seberat 227kg ditemukan penduduk di sebuah kebun kelapa sawit di Nyalas, Jasin, hari ini, dan akan dimusnahkan esok. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang penduduk Felda Bukit Senggeh di Nyalas, Jasin, menemukan sebutir objek dipercayai bom lama seberat lebih 220kg ketika sedang membersihkan kebun kelapa sawit miliknya hari ini.

Ketua Polis Jasin Mohamad Rusli Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan objek tersebut pada 1.47 tengah hari.

Sehubungan itu, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Cawangan Persenjataan, Bahagian Logistik dan Teknologi, IPD Jasin dikerah ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan merupakan bom lama jenis ‘Unexploded Ordnance (UXO)’ dengan anggaran berat sekitar 227 kilogram,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Menurut Mohamad Rusli, kerja-kerja pemusnahan akan dilaksanakan secara terkawal esok mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan tersebut, yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta mengganggu ketenteraman masyarakat setempat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.