
Ketua Polis Tapah, Johari Yahya, berkata ia susulan hasil bedah siasat dijalankan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pagi semalam yang mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul.
“Terdapat kesan lebam dan luka lecet pada kepala, muka, dada, belakang badan serta kedua-dua tangan mangsa dan punca kematian disebabkan ‘multiple blunt trauma’ akibat dipukul senjata tumpul,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Johari berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.
Menurutnya, polis sudah mengambil cap jari mangsa untuk mendapatkan identiti lelaki berkemeja-T dan berseluar pendek hitam dalam keadaan terbaring di bawah tebing setinggi 15m di tepi jalan berkenaan.
“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di balai polis berdekatan atau terus menghubungi IPD Tapah di talian 05-4011222.”