Ahli Parlimen PH diberi taklimat mengenai isu berkait badan kehakiman

Ahli Parlimen PH diberi taklimat mengenai isu berkait badan kehakiman

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil kata Menteri Azalina Othman Said beri penjelasan babit Perkara 125 Perlembagaan.

fahmi fadzil
Ahli Parlimen PH diberi penjelasan membabitkan Perkara 125 Perlembagaan, yang menyentuh pelantikan, pemecatan dan syarat perkhidmatan hakim, menurut jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Pakatan Harapan diberi taklimat mengenai isu berkaitan badan kehakiman, antara lain, dalam pertemuan dengan perdana menteri yang berlangsung selama hampir dua jam.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memberi penjelasan membabitkan Perkara 125 Perlembagaan.

Peruntukan tersebut berhubung pelantikan, pemecatan, dan syarat perkhidmatan hakim Mahkamah Persekutuan.

“Ada juga mengenai pembentukan tribunal di antara hakim dan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya lapor Berita Harian.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pertemuan itu berlangsung dengan baik.

Ahli Parlimen PH dan perdana menteri bertemu di Seri Perdana pada 4.30 petang tadi.

Dua wakil rakyat PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat itu.

Anwar dan Ahli Parlimen Barisan Nasional bertemu di Seri Perdana pada Jumaat lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.