Saman PBT keluar kompaun beri makan haiwan terbiar, kata aktivis

Saman PBT keluar kompaun beri makan haiwan terbiar, kata aktivis

Aktivis hak haiwan dan peguam, Rajesh Nagarajan berkata peraturan larang beri makan haiwan terbiar adalah bertentangan dengan Perlembagaan.

feed the dogs
Aktivis hak asasi haiwan akan mengadakan satu perhimpunan di perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada 25 Julai ini bagi menuntut reformasi Akta Kebajikan Haiwan.
KUALA LUMPUR:
Individu yang dikenakan saman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana memberi makan haiwan terbiar, termasuk anjing, digesa mencabar peraturan seperti itu di mahkamah.

Aktivis hak haiwan dan peguam, Rajesh Nagarajan berkata beliau bersedia membantu mereka membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Beliau berkata mana-mana undang-undang kecil yang melarang pemberian makanan kepada haiwan terbiar adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan merupakan satu tindakan salah guna kuasa.

Katanya, prinsip sama turut terpakai kepada tindakan memberi makan haiwan terbiar di mana-mana kawasan kediaman, termasuk pangsapuri servis.

“Kita boleh beri makan kepada sesiapa sahaja yang kita mahu. Jika ada pihak mahu saman anda kerana beri makan haiwan terbiar, bawa saman itu kepada saya, saya akan bawa (pihak berkuasa) ke mahkamah secara pro bono,” katanya pada forum hak haiwan di Universiti HELP.

Rajesh turut menyentuh mengenai saman terhadap kerajaan Terengganu dan Majlis Daerah Besut berhubung dakwaan membunuh seekor anjing terbiar dikenali sebagai Kopi.

Katanya, keputusan kes itu telah ditangguhkan ke September. Beliau berkata plaintif juga sedia membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan sekiranya kalah di peringkat lebih rendah.

Perhimpunan di PMO pada 25 Julai

Rajesh Nagarajan dan S Shashi Kumar (barisan depan tengah) bersama peserta yang menghadiri forum kebajikan haiwan di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Presiden Global Human Rights Federation, S Shashi Kumar, mengumumkan satu perhimpunan bagi menuntut reformasi Akta Kebajikan Haiwan akan diadakan di perkarangan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 25 Julai ini.

Shashi berkata kerajaan perlu menghentikan pembunuhan haiwan terbiar secara tidak berperikemanusiaan.

Katanya, perbincangan dan perdebatan berlangsung selama seminggu selepas satu memorandum diserahkan kepada Ahli Parlimen di Parlimen pada Oktober tahun lalu, namun tiada tindakan susulan diambil dan haiwan-haiwan terus dibunuh semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.