PRN Sabah: Agihan kerusi BN-PH selesai 98%

PRN Sabah: Agihan kerusi BN-PH selesai 98%

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbincangan serta kerjasama telah dilakukan bagi memastikan tidak ada pertindihan kerusi.

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki turut mengingatkan Umno supaya tidak terlalu bongkak dan angkuh dalam usaha bekerjasama dengan sesiapa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi PRN Sabah akan datang sudah 98% selesai, kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata perbincangan serta kerjasama telah dilakukan bagi memastikan tidak berlakunya sebarang pertindihan kerusi nanti.

“Ini yang kita lakukan di Sabah. Secara umumnya saya boleh katakan BN dan PH 98% selesai (agihan kerusi) dan ada 2% sahaja belum.

“Kerjasama inilah yang memenangkan kita di kerusi DUN Mahkota, Johor; Ayer Kuning, Perak dan Nenggiri, Kelantan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Tanjong Karang hari ini, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut mengingatkan parti supaya tidak terlalu bongkak dan angkuh dalam usaha bekerjasama dengan sesiapa.

“Umno ini parti yang bersifat terbuka dan dinamik, asalkan jangan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan demi agama dan bangsa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.