
Video kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan suspek keluar dari keretanya sebelum mengambil sebatang besi dan memukul sebuah lagi kereta, lapor Bernama.
Timbalan Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada daripada seorang lelaki berumur 25 tahun pada 7.55 malam tadi.
“Kejadian itu berlaku pada 4 petang, semalam ketika pengadu memandu kereta di Jalan Lebuh Pantai dan keretanya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi, yang dinaiki seorang lelaki.
“Suspek keluar dari kereta dan mengambil sebatang besi lalu memukul pada bahagian pintu belakang kereta pengadu,” katanya.
Lee berkata akibat perbuatan tersebut, pengadu mengalami kerugian hampir RM3,000 atas kerosakan pada kereta.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).