
Menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, perkara itu mustahil kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim pasti akan mengumumkan peruntukan untuk Kelantan setiap kali ke sana.
“Malah, yang terbaharu saya sendiri dengar apabila berlaku keruntuhan cerun di Kelantan, perdana menteri beri kelulusan peruntukan segera RM6.6 juta.
“Setiap kali banjir pun kerajaan pusat bantu Kelantan, jadi saya harap beliau mendapatkan maklumat terperinci daripada kepimpinan beliau.
“Jangan cuba racuni pemikiran rakyat dengan maklumat tidak betul,” kata presiden Umno menurut Berita Harian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Tanah Merah di Kelantan hari ini.
Semalam, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah dalam catatan Facebooknya berkata, Kelantan satu-satunya negeri tiada lebuh raya seperti negeri lain.
Beliau mendakwa, sebahagian projek pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disekat atau dilengahkan Putrajaya atas sebab yang tidak pernah dijelaskan secara adil.