
Pertemuan dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.
Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan pelbagai guna memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.
Ia disusuli kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.
Pengamal media ‘berkampung’ sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.
Mesyuarat lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.
Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.