
Beliau mendoakan bekas perdana menteri itu terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan bermakna.
“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
“Semoga Allah terus merahmati Tun, Insya Allah,” katanya dalam kenyataan.
Mahathir, anak bongsu daripada sembilan beradik, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah.
Dikenali ‘Bapa Pemodenan’ Malaysia, beliau juga perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat.
Mahathir menerajui kerajaan Barisan Nasional dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dilantik perdana menteri dari Mei 2018 hingga Februari 2020 bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang menyaksikan kejatuhan BN daripada tampuk pemerintahan.