MPAJ tawar RM3 tangkap seekor tikus

MPAJ tawar RM3 tangkap seekor tikus

MPAJ berkata kaunter tuntutan ganjaran dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dari 8 hingga 25 Julai ini di pekarangan Pasar Pekan Ampang.

tikus rat tikuih
MPAJ berkata peniaga di Pasar Pekan Ampang dan sekitarnya boleh menuntut RM3 bagi setiap ekor tikus ditangkap. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan ganjaran tunai RM3 bagi setiap tikus ditangkap di Pasar Pekan Ampang dan kawasan sekitar.

MPAJ berkata, kaunter tuntutan ganjaran wang tunai dibuka mulai 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dari 8 hingga 25 Julai ini di pekarangan Pasar Pekan Ampang.

“Penyertaan adalah terbuka kepada peniaga di Pasar Pekan Ampang dan sekitarnya,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, kempen membasmi tikus anjurannya dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 8 itu bertujuan menggalakkan pembabitan masyarakat dalam usaha mewujudkan persekitaran bersih di kawasan Ampang.

“Selari elemen ketiga dan ke-11 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), iaitu kesihatan baik serta bandar dan masyarakat mampan, inisiatif ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan komuniti berkaitan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran supaya bebas daripada pembiakan tikus, selain membendung penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.