Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen

Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen

Harga RON95 dan RON97 pula kekal.

fuel prices
PETALING JAYA:
Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen kepada RM2.88 seliter bermula esok.

Harga RON95 dan RON97 pula kekal, iaitu pada RM2.05 dan RM3.18, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kadar baharu itu berkuat kuasa hingga 16 Julai ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.