Buat hantaran jelik, pemimpin Bersatu bayar kompaun RM10,000

Buat hantaran jelik, pemimpin Bersatu bayar kompaun RM10,000

Mohamad Shafiq Abdul Halim dipercayai membuat hantaran menyentuh sentimen kaum dan agama menerusi aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

Shafiq Abdul Halim
SKMM terima bayaran kompaun RM10,000 daripada pemimpin Bersatu Hulu Langat Mohamad Shafiq Abdul Halim. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin akar umbi Bersatu telah membayar kompaun RM10,000 kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas kesalahan memuat naik kandungan jelik menyentuh sentimen kaum dan agama.

Difahamkan, Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Mohamad Shafiq Abdul Halim membuat hantaran berkaitan isu pekerja Menara Kuala Lumpur sehingga menyentuh sentimen kaum dan agama menerusi aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

“SKMM telah menerima bayaran kompaun RM10,000 daripada Shafiq yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau menyentuh sentimen kaum dan agama melalui aplikasi TikTok pada 31 Mac.

“Tindakan ini diambil hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta setelah memperoleh izin pengkompaunan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan.

Agensi itu turut menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi menyebarkan kandungan berunsur perkauman, keagamaan ekstrem atau yang menyentuh
institusi negara.

“Pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dimuat naik atau dikongsi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.