
Trump memberitahu wartawan, surat yang dihantar kepada lebih 12 negara – termasuk Jepun, Korea Selatan dan Afrika Selatan – mengenai rancangan tarif itu adalah ‘muktamad’, namun menambah: “Jika mereka hubungi dengan tawaran berbeza, dan saya suka, maka (AS) akan mempertimbangkannya.”
Pada Isnin, Trump menunda tarikh pelaksanaan tarif tinggi terhadap rakan dagangan dari 9 Julai kepada 1 Ogos.
Langkah itu bertujuan memastikan surcaj import yang dirancang tidak dilaksanakan sementara rundingan diteruskan.
Bagaimanapun, banyak butiran masih belum diselesaikan termasuk bagaimana hubungan perdagangan masa depan antara AS dan Kesatuan Eropah akan distrukturkan.