Pengarah syarikat kena ‘scam’ lebih RM300,000

Pengarah syarikat kena ‘scam’ lebih RM300,000

Mangsa terpesona pulangan harian 10% dengan membuat 18 transaksi antara Mei hingga Jun lalu.

Scammer-Hacker
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Loi Yew Lik, berkata mangsa sedar ditipu apabila curiga diminta bayar wang tambahan bagi mendapatkan semula pulangan dan modal.
PETALING JAYA:
Pengarah syarikat rugi lebih RM300,000 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud menawarkan pulangan harian 10%.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Loi Yew Lik, berkata mangsa berusia 44 tahun itu mengetahui pelaburan berkenaan menerusi iklan di Facebook pada 11 Mei dan menghubungi beberapa suspek melalui WhatsApp.

“Mangsa dimasukkan ke kumpulan WhatsApp dan diminta memuat turun aplikasi menerusi pautan diberikan untuk berurusan dalam pelaburan yang menawarkan pulangan harian sebanyak 10%.

“Lelaki itu membuat 18 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun dari 14 Mei hingga 17 Jun berjumlah RM302,100,” katanya menurut Bernama.

Loi berkata, mangsa yang curiga selepas suspek meminta wang tambahan jika ingin mendapatkan pulangan pelaburan bersama modal telah membuat laporan di IPD Kota Setar pada 1.04 tengah hari semalam.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan pelaburan dalam talian dan membuat semakan dengan polis atau aplikasi Semak Mule atau menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.