
Tertuduh yang berusia 20 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa kali pertama merogol adik perempuannya yang ketika itu berusia 11 tahun pada April 2023 di dalam bilik bapa mereka.
Lelaki itu sekali lagi didakwa merogol mangsa di dapur rumah pada Disember 2024 dan kali terakhir di sebuah bilik pada April lalu.
Semua kejadian itu didakwa berlaku di sebuah rumah di sebuah kampung di Bachok.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, selain sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mangsa yang berusia 13 tahun kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Firdaus kemudiannya merayu anak guamnya dibenarkan jaminan dengan alasan tertuduh adalah pesalah muda selain baru tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan isterinya sedang hamil.
Bagaimanapun, Faiz meminta mahkamah mengenakan jaminan yang tinggi iaitu RM15,000 kerana jenayah tersebut adalah serius.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan syarat perlu lapor diri di balai berdekatan setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa.
Hakim menetapkan 6 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.