Lebih 2 minggu rumah terbakar, bapa mentua Hamzah pula meninggal dunia

Lebih 2 minggu rumah terbakar, bapa mentua Hamzah pula meninggal dunia

Abdul Ghani Ngah, 83, hembus nafas terakhir ketika terima rawatan di HRPB Ipoh.

Pada 20 Jun lepas, kebakaran di rumah dua tingkat terletak Kampung Sungai Rapat Tambahan itu mengorbankan ibu mentua Hamzah Zainudin, Salmiah Nyakk Matt, 84. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bapa mentua Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin meninggal dunia di hospital hari ini ketika menerima rawatan selepas rumahnya di Ipoh terbakar bulan lepas.

Abdul Ghani Ngah, 83, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sekitar 2 petang, lapor Sinar Harian.

Beliau dilaporkan dirawat di hospital akibat mengalami sesak nafas susulan kejadian, dan menurut anaknya, ditidurkan sebagai langkah menyegerakan proses pemulihan.

Pemergian Abdul Ghani turut disahkan Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Pada 20 Jun lepas, kebakaran di rumah dua tingkat terletak Kampung Sungai Rapat Tambahan itu mengorbankan ibu mentua Hamzah, Salmiah Nyakk Matt, 84.

Empat lagi ahli keluarga termasuk seorang pembantu rumah yang turut berada di rumah itu ketika kejadian terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.