
Sumber berkata, lelaki berusia 50-an itu diberkas sekitar 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan pada 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman RM400 juta bagi sebuah projek pembangunan rangkaian fiber.
“Siasatan awal mengesyaki RM75 juta tersebut telah disalurkan kepada syarikat milik suspek,” katanya.
Dalam pada itu, suspek direman empat hari sehingga 6 Julai susulan permohonan SPRM dibenarkan Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sumber berkata, tangkapan terhadap suspek ini adalah susulan Op Fibre yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM pada 30 Jun lalu.
Menerusi siasatan itu, BOK telah menggeledah empat lokasi berbeza termasuk kediaman dan pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Melalui operasi yang dijalankan, SPRM telah membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000.”
Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan tangkapan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).