
Ketua Polis Rembau, Hasani Hussain, berkata suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar Seremban pada 12.30 tengah malam tadi dan sedang memburu suspek lain.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek adalah ejen tarik kenderaan dan mereka menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kes itu antaranya disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam yang membawa hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hasani berkata, pihaknya memandang serius sebarang tindakan mengganggu kelancaran trafik kerana ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, khasnya di lebuh raya dengan aliran trafik berkelajuan tinggi.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau pegawai penyiasat trafik Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519.