Kerajaan larang import ‘dummy buckle’

Kerajaan larang import ‘dummy buckle’

Larangan import alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar berkuat kuasa 31 Dis ini.

dummy buckle
‘Dummy buckle’ dimasukkan ke slot tali pinggang keledar untuk mengelakkan penggera berbunyi apabila tali pinggang keledar tidak dipakai. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Kerajaan melarang pengimportan ‘dummy buckle’ atau alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar mulai 31 Dis ini.

Larangan itu diumumkan melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No. 2) 2025 dalam warta persekutuan.

Perintah itu melarang pengimportan “dummy buckle, penyah aktif penggera tali pinggang keledar, pemanjang klip tali pinggang keledar atau sebarang aksesori atau peranti lain serupa untuk dimasukkan ke dalam slot tali pinggang keledar untuk menyah aktif atau memintas peringatan keselamatan dan menyebabkan mekanisme tali pinggang keledar tidak berfungsi”.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dilaporkan berkata, ia sedang berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk melaksanakan larangan ke atas ‘dummy buckle’ kerana bimbang penggunaan meluasnya untuk menghentikan penggera tali pinggang keledar.

Sepanjang operasi khas Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan, pihak berkuasa mendapati 30% daripada 195 pesalah yang tidak memakai tali pinggang keledar menggunakan ‘dummy buckle’ untuk mengelak penggera berbunyi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.