Kementerian Komunikasi, polis perkukuh kerjasama

Kementerian Komunikasi, polis perkukuh kerjasama

Fokus utama kerjasama melibatkan usaha membendung penyebaran berita palsu serta kandungan yang menyalahi undang-undang.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil terima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Khalid Ismail di pejabatnya di Putrajaya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Komunikasi akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan polis dalam menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kerjasama itu juga meliputi usaha menangani cabaran komunikasi era digital secara berkesan.

Beliau memaklumkan perkara itu di Facebook selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Khalid Ismail di pejabatnya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, Khalid berkata polis komited memperkukuh kerjasama sedia ada dengan Kementerian Komunikasi dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

Menurutnya fokus utama kerjasama melibatkan usaha membendung penyebaran berita palsu serta kandungan yang menyalahi undang-undang, bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.