
Pemandu Isuzu D-Max dikenali Mohd Azizi, 28, bersama dua penumpangnya, Muhammad Zulkhairi Ismail, 29, serta Mohd Rasman Ahmat Kechil, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 8.40 malam Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata 12 anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 8.52 malam.
“Tiga mangsa tersepit dalam pacuan empat roda berjaya dikeluarkan pasukan bomba.
“Ketiga-tiga mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemandu lori berusia 61 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, mayat tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.