2 maut pikap rempuh lori bawa muatan baja

2 maut pikap rempuh lori bawa muatan baja

Kemalangan berlaku di KM253 Lebuhraya Utara-Selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.

Beberapa anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit akibat kemalangan itu. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua dilaporkan maut selepas trak pikap dinaiki mereka dipercayai merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di KM253 Lebuhraya Utara-Selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 5.51 pagi.

Katanya, anggota bomba yang tiba di lokasi pada 6.30 pagi mendapati pemandu dan penumpang tersepit selepas kereta mereka remuk teruk.

“Kejadian berlaku apabila kenderaan mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori lima tan yang membawa muatan baja.

“Pasukan penyelamat dihantar segera dengan pasukan bomba yang pertama tiba di lokasi.

“Mereka kemudiannya mendapati pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berusia 22 tahun tersepit dalam kenderaan,” katanya, menurut Berita Harian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.