
PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka dibentang di Parlimen seawal Ogos atau September ini, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Beliau berkata, RUU diusahakan oleh kerajaan itu ialah akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia, malah yang pertama di dunia.
Beliau berkata, RUU diusahakan oleh kerajaan itu ialah akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia, malah yang pertama di dunia.
Katanya, RUU itu langkah penting dalam memperkenalkan kerangka perlindungan sosial bagi lebih 1.12 juta rakyat Malaysia bekerja dalam sektor itu.
“Terdapat beberapa negara yang hanya meminda akta-akta yang sedia ada dan memasukkan ekonomi gig dalam akta sedia ada, tetapi di Malaysia kita wujudkan akta baharu,” katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat ekonomi perkongsian dan industri gig di Bangi, lapor Bernama.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala isu dan kebajikan berkaitan pekerja gig akan ditangani segera menerusi penggubalan RUU Pekerja Gig.