Mayat 3 sekeluarga ditemui dalam rumah di Seremban

Mayat 3 sekeluarga ditemui dalam rumah di Seremban

Kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang menghidu bau busuk dari dalam rumah.

Mohamad Hatta Che Din
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata siasatan lanjut mengenai penemuan mayat tiga sekeluarga itu di sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal masih dijalankan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga mayat dipercayai satu keluarga ditemui dalam keadaan sudah berbau busuk di sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di Seremban petang tadi.

Menurut Sinar Harian, seorang jiran keluarga itu membuat laporan polis kira-kira 5 petang selepas terhidu bau busuk dari rumah tersebut.

Pemeriksaan lanjut oleh polis menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan.

“Semua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, seorang jiran memberitahu rumah itu didiami satu pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki autistik berusia lingkungan 30-an.

Katanya, kali terakhir dia melihat anak pasangan itu adalah pada Jumaat lalu apabila lelaki itu datang ke rumahnya untuk memberi anjing makan.

“Hinggalah petang tadi, jiran sebelah rumah mereka menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.