
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan bagaimanapun berkata, jika ada bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited terus semula siasatan.
“Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini, namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu,” katanya selepas sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di IPK Selangor, Shah Alam, lapor Bernama.
Semalam, Hussein mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang boleh menyebabkan kerosakan pada paip gas sehingga mencetuskan letupan.
Beliau berkata, rumusan tersebut diperoleh hasil siasatan teknikal susulan letupan saluran paip gas bawah tanah terbabit.
Tambahnya, pembinaan lot kedai pejabat dan kerja penggantian paip pembetung di kawasan kejadian dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.