
Adun Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandi adalah pembantu menteri pembangunan perindustrian dan keusahawanan manakala Adun Sindumin Dr Yusof Yacob memegang jawatan pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.
Ketua Menteri Hajiji Noor dalam kenyataan berkata beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan yang berkaitan.
Menurutnya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Berhubung pertuduhan dihadapi Andi dan Yusof, Hajiji berkata kerajaan Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.
“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya.
“Kerajaan Negeri GRS tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan,” katanya.
Pada prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Andi dan Yusof mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM350,000.
Ahli perniagaan Albert Tei yang didakwa kerana memberi rasuah itu juga mengaku tidak bersalah.