Bursa lulus pelan pemulihan Sapura Energy

Bursa lulus pelan pemulihan Sapura Energy

Pelan pemulihan dicadangkan itu terdiri daripada cadangan penstrukturan semula modal, penstrukturan semula hutang, cadangan pengumpulan dana dan cadangan pengecualian.

sapura energy office
Bursa Malaysia lulus pelan pemulihan Sapura Energy selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
KUALA LUMPUR:
Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.

“Pelan pemulihan semula yang dicadangkan itu terdiri daripada cadangan penstrukturan semula modal, penstrukturan semula hutang, cadangan pengumpulan dana dan cadangan pengecualian,” kata Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu memperoleh status PN17 pada 31 Mei 2022 berikutan ekuiti pemegang saham yang disatukan sebanyak RM85 juta kurang 50% daripada modal sahamnya sebanyak RM10.87 bilion pada 31 Jan, 2022, dan ketidakpastian material berkaitan yang dinyatakan oleh juruaudit syarikat dalam penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan 2022.

Sapura Energy memohon lanjutan tarikh akhir buat kali pertama pada 31 Mei 2023, dengan permohonan lanjutan terbaharu dibuat pada 17 Dis 2024, untuk lanjutan selama enam bulan sehingga 31 Mei 2025.

Bagi mendapatkan kelulusan, Sapura Energy dan penasihat utama bagi cadangan pelan pemulihan itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd, mesti mematuhi sepenuhnya peruntukan berkaitan keperluan penyenaraian pasaran utama berhubung pelaksanaan pelan yang dicadangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.