
Adun Usukan itu berkata, parti itu kini mempunyai 5,912 cawangan dengan 612,867 ahli berdaftar di seluruh negeri.
“Jika kita gerakkan kekuatan ini dengan disiplin dan strategi, ia akan cetuskan gelombang besar di seluruh negeri.
“Kita tidak tunggu musim pilihan raya untuk mula bergerak – jentera kita sentiasa aktif dan berfungsi,” katanya pada himpunan petugas pilihan raya Umno Sabah di Tenom.
Salleh berkata, kekuatan sebenar Umno Sabah terletak pada cawangan akar umbinya yang aktif berinteraksi dengan komuniti setempat, serta disiplin organisasi dan operasi lapangan yang tersusun.
“Kita tidak perlu riuh, tetapi mesti sentiasa bersedia. Dan Umno Sabah sudah berada di landasan yang betul,” katanya.