Umno perkemas SD untuk calon PRN Sabah

Umno perkemas SD untuk calon PRN Sabah

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia diperkemaskan dan ditambah baik ikut situasi semasa.

Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diperhalusi barisan peguam, termasuk Ketua Penerangan Azalina Othman Said. (Gambar Bernama)
MACHANG:
Umno sedang memperkemas dokumen Akuan Bersumpah (SD) dengan mengambil kira situasi semasa untuk ditandatangani calon yang dipilih bertanding pada PRN Sabah akan datang.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diperhalusi barisan peguam, termasuk Ketua Penerangan Azalina Othman Said.

“PRN Sabah kita akan guna templat yang sama tapi ia diperkemas berdasarkan suasana semasa, ada penambahbaikan. Setakat ini kita merasakan bahawa dokumen SD yang dimeterai dalam PRU lepas sebenarnya mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Machang di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu malam tadi, yang turut dihadiri Pengerusi Umno Kelantan Jazlan Yaakub.

Penggal lima tahun DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini yang membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.