Edisi Siasat tak patut disekat, kata Rafizi

Edisi Siasat tak patut disekat, kata Rafizi

Bekas menteri ekonomi itu berkata sekatan itu memberi tanggapan bahawa kerajaan 'tiada toleransi'.

rafizi
Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli juga mempertahkan tindakan sekumpulan aktiviti pelajar yang membakar karikatur Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook) (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli berkata saluran ‘pemberi maklumat’ Edisi Siasat di Telegram tidak sepatutnya disekat.

Bercakap dalam podcastnya ‘Yang Berhenti Menteri’, Rafizi juga mempertahankan tindakan membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim oleh aktivis pelajar.

Rafizi berkata wujud kebimbangan dalam kalangan orang ramai bahawa ruang demokrasi semakin mengecil susulan sekatan terhadap akaun Edisi Siasat.

“Pakatan Harapan menggunakan sepenuhnya sebarang ruang untuk sampaikan pandangan berlainan. Tidak boleh bila ia tidak memberi kelebihan kepada kamu ia dianggap tidak lagi baik,” katanya.

Beliau berkata sekatan itu memberikan tanggapan bahawa kerajaan ‘tiada toleransi’. Bagaimanapun, persepsi itu boleh diseimbangkan jika pihak berkuasa menyekat 10 hingga 20 akaun media sosial yang berkaitan dengan penipuan.

“Ini sebabnya kerajaan mahu lesenkan platform media sosial untuk membendung jenayah seperti penipuan dan pelacuran,” kata Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperoleh injunksi mahkamah terhadap ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’, menyebabkan kedua-dua saluran itu tidak boleh diakses pada malam yang sama. Akaun baharu, ‘Edisi Siasat 2.0’ turut disekat.

Saluran-saluran tersebut didakwa menyebarkan kandungan yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan menjejaskan ketenteraman awam.

Mengenai pembakaran karikatur, Rafizi berkata beliau tidak akan ambil peduli jika perkara sama berlaku terhadap dirinya.

“Itu hak mereka, apabila mereka meningkat usia, mereka akan melihat perspektif kehidupan yang berbeza. Saya tidak nampak mengapa kita perlu bersikap menghakimi, yang lebih penting kita dapat ialah mesej itu.”

Anwar sejak itu mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Malaysia Sabah supaya tidak mengambil tindakan terhadap pelajarnya kerana mengadakan protes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.