
Kejadian kira-kira 7.54 pagi itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera ringan yang dipercayai turut tercampak keluar.
Menurut Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kejadian berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire itu dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Jasin.
“Kemalangan itu mengakibatkan seorang penumpang wanita tercampak ke lorong kiri arah utara sebelum disahkan maut di lokasi oleh pasukan paramedik.
“Mangsa kanak-kanak pula tercampak ke arah Utara sebelum PLUS Ronda telah mengalihkan mangsa ke bahu jalan,” katanya di Facebook rasmi, lapor Sinar Harian.
LLM turut memaklumkan, kejadian itu menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah sejauh 7.4km dari arah utara manakala arah Selatan pula kesesakan berlaku sejauh 9.3km.