PRN Sabah: PN muktamad kerusi, rakan kerjasama dalam masa terdekat

PRN Sabah: PN muktamad kerusi, rakan kerjasama dalam masa terdekat

Setiausaha PN Sabah Yunus Nurdin berkata agihan kerusi ambil kira pelbagai faktor dan situasi semasa di lapangan.

Pada Januari, Timbalan Pengerusi PN Hamzah Zainudin tidak menolak kemungkinan gabungan itu akan bertanding sekurang-kurangnya 18 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah ke-17. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) Sabah akan memuktamadkan jumlah kerusi ditandingi pada PRN dalam masa terdekat, termasuk potensi ‘rakan kerjasama’ selepas mengambil kira pelbagai faktor dan situasi semasa di lapangan.

Setiausaha PN Sabah Yunus Nurdin berkata agihan kerusi antara parti komponen – terutamanya Bersatu, PAS dan Gerakan masih berjalan di peringkat kepimpinan pusat dan negeri.

Menurutnya, semua parti komponen sedang memberi tumpuan penuh kepada usaha memperkukuh jentera masing-masing di peringkat akar umbi, bagi memastikan semua pihak sedia berdepan PRN yang akan diadakan pada bila-bila masa tahun ini.

“Sebarang ketetapan berhubung calon dan kerusi akan diumumkan secara bersama apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, PN menyeru semua pihak untuk terus bekerja kuat, menjaga kerjasama dan mengutamakan muafakat,” katanya dalam kenyataan.

Pada Januari, Timbalan Pengerusi PN Hamzah Zainudin tidak menolak kemungkinan gabungan itu akan bertanding sekurang-kurangnya 18 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah ke-17.

Bulan lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi menggunakan logo PN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.