Kini limau mandarin, kurma dikecualikan cukai jualan

Kini limau mandarin, kurma dikecualikan cukai jualan

Rabu lalu, Anwar Ibrahim umum oren dan epal import dikecualikan daripada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai.

Kementerian Kewangan umum pengecuailian limau mandarin dan kurma daripada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Limau mandarin dan kurma antara barangan import tambahan tidak dikenakan cukai daripada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Jula, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Pindaan berkuat kuasa 1 Julai lalu itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Rabu lalu yang oren dan epal import tidak dicukaikan.

“MOF ingin menggariskan bahawa kerajaan Madani tidak mengenakan cukai jualan ke atas barangan keperluan harian bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat
terbanyak.

“Barangan keperluan harian yang dikecualikan daripada cukai jualan ini — sama ada dihasilkan dalam negara atau diimport — termasuk beras, ayam, daging lembu, sayursayuran dan telur.

“Ikan tempatan seperti selar, tongkol, cencaru dan sardin, sama ada dalam bentuk sejuk beku, sejuk dingin atau segar, juga akan terus dikecualikan,” katanya dalam kenyataan.

MOF sebelum ini berkata bahawa peluasan SST mulai 1 Julai, termasuk kadar 5% ke atas buah-buahan import, secara strategik bertujuan untuk mengukuhkan permintaan pertanian tempatan dan mengukuhkan keselamatan makanan.

Kementerian itu berkata kerajaan sentiasa meneliti dan mengambil kira maklum balas diterima daripada rakyat serta pihak industri terhadap peluasan skop SST yang dicadangkan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha memahami pandangan akar umbi, MOF telah mengadakan sesi libat urus bersama beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan semalam.

“Kerajaan kekal bersedia untuk memastikan semakan semula SST ini bersifat progresif, serta mengurangkan sebaiknya kesan terhadap barangan keperluan asas rakyat dan beban ditanggung oleh perniagaan kecil,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.