Warga emas ada 39 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah

Warga emas ada 39 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai terbabit dengan lapan kes pecah rumah.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata suspek menyasarkan rumah mewah dan dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak Mac. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas yang memiliki 39 rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah sekali lagi ditangkap polis kerana disyaki melakukan kesalahan sama membabitkan beberapa kes di sekitar Tangkak, Johor.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan pada 3.10 petang semalam di Taman Kesidang, Melaka hasil risikan dan maklumat diterima polis.

“Suspek menyasarkan rumah mewah dan dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak Mac lepas,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Roslan berkata, polis turut merampas sejumlah barangan dipercayai hasil samun daripada suspek antaranya 19 beg tangan berjenama, jam tangan mewah serta wang tunai pelbagai negara termasuk mata wang dolar Singapura dan Amerika Syarikat.

Katanya, turut dirampas peralatan pecah rumah dan sebuah kereta jenis Hyundai Getz dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM300,00.

Menurutnya, dengan penahanan lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di sekitar Bukit Gambir, Sungai Mati dan Tangkak.

Katanya, suspek yang didapati positif dadah itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.