
Beliau berkata, perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormatnya ke atas Pemangku Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, David Neo, di negara itu.
“Perbincangan telah menyentuh cadangan mewujudkan program pertukaran sukarelawan dan pembangunan rangkaian kolaboratif antara organisasi sukarelawan belia kedua-dua negara,” katanya dalam hantaran Facebook.
Aaron turut berkongsi inisiatif bawah Kementerian Perpaduan Negara, termasuk peranan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang aktif melaksanakan misi Sukarelawan Siswa MadaniA Berkhidmat merentas negeri dan negara.
Beliau berkata, usaha itu sejajar komitmen Malaysia melahirkan belia berdaya tahan, berjiwa perpaduan dan berwawasan global.
Aaron berada di Singapura bagi memenuhi jemputan Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS) 2025 selama tiga hari sejak Selasa lalu.